kek pertama aku buat untuk hantaran

kek pertama aku buat untuk hantaran
kek coklat ganache

Ahad, 25 Julai 2010

bermula dari kek pelangi

Aku mula membuat kek semasa remaja dimana ibu ku adalah sifu ku. Dia mengajar kek basic dimana bahannya adalah tepung, gula, telur dan minyak. bancuh guna blender. Bakar guna oven api. Hasilnya memuaskan. Sejak dari itu aku mencuba pelbagai resepi hinggalah kini aku dah buat berpuluh-puluh jenis kek dan rekaan hiasan kek freshcream. Semuanya rakan taulan yang order. Terima kasihlah.

kek ku

kek ku

kek yang ku buat dan reka



Aku dari kecil telah dididik oleh ibu untuk berniaga yang menjurus kepada makanan. Ibuku seorang yang rajin dan bekerja siang malam untuk mencari wang tambahan membantu ayahku. kerana sudah terdidik dengan apa yang ibu lakukan. Aku semakin membesar semakin terdorong untuk mencuba pelbagai masakan. Aku masih ingat resepi kek pertama yang ibu ajar aku ialah kek pelangi yang hanya menggunakan tepung gandum, gula, telur dan minyak makan. Adun pula guna blender dan masak guna oven api. Percubaan ku berjaya gembira tak terhingga. Sejak dari hari itu aku semakin minat mencuba pelbagai resepi kek. Apabila dah kahwin semsa mengandung aku gila buat kek, pakai fresh cream. Tiada yang ajar aku cuba dan terus mencuba akhirnya berjaya. Sehinggalah kini dari minat akhirnya menjadi mata pencarian sampingan aku. Walaupun tak ramai menenpah tapi adalah sikit-sikit. Gambar kek kat atas tu kek mula-mula aku buat untuk hantaran jiran aku.