Aku dari kecil telah dididik oleh ibu untuk berniaga yang menjurus kepada makanan. Ibuku seorang yang rajin dan bekerja siang malam untuk mencari wang tambahan membantu ayahku. kerana sudah terdidik dengan apa yang ibu lakukan. Aku semakin membesar semakin terdorong untuk mencuba pelbagai masakan. Aku masih ingat resepi kek pertama yang ibu ajar aku ialah kek pelangi yang hanya menggunakan tepung gandum, gula, telur dan minyak makan. Adun pula guna blender dan masak guna oven api. Percubaan ku berjaya gembira tak terhingga. Sejak dari hari itu aku semakin minat mencuba pelbagai resepi kek. Apabila dah kahwin semsa mengandung aku gila buat kek, pakai fresh cream. Tiada yang ajar aku cuba dan terus mencuba akhirnya berjaya. Sehinggalah kini dari minat akhirnya menjadi mata pencarian sampingan aku. Walaupun tak ramai menenpah tapi adalah sikit-sikit. Gambar kek kat atas tu kek mula-mula aku buat untuk hantaran jiran aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan